- Dendam Perjuangan -


Bang! Tiba-tiba Ah Guan melepaskan sedas tembakan ke udara. Sesaat sesudah itu Pak Kia melonjak tubuhnya tinggi ke udara. Sebelum kedua-dua kakinya mencecah bumi Pak Kia melepaskan tendangan dan tumbukan padu ke badan Ah Guan. Ah Guan terpelanting jauh dan melambung tinggi sebelum terhentak ke bumi. Tian Fatt meluru ke arah senapang patah dua laras Ah Guan. Tetapi dia tidak berdaya mencapai senapang itu kerana kedua-dua tangannya masih diikat dan dikilaskan ke belakang. Matanya kini tertumpu pada Pak Kia. Orang tua itu sudah seperti orang hilang akal. Parang panjangnya diangkat tinggi-tinggi….

DENDAM PERJUANGAN
1996
EDUSYSTEM SDN BHD

0 comments:

Tentang Kami

Blog ini aku bangunkan sebagai kenangan dari abah tersayang yang telah tiada lagi di dunia ini. Sesungguhnya, abah insan yang banyak memberi sinar dalam kehidupanku. Abah adalah insan yang menjadikan aku berjaya hingga ke tahap ini. Aku bangga dan kagum mempunyai abah, Mohd Ghazali Tocheh.

Al Fatihah buat abah..

Angah Ira & Keluarga