|| Pengalaman Bekerja ||

Julai, 1969
Berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Penguatkuasa di Kementerian Pertanian Dan Syarikat Kerjasama Malaysia.

November, 1972
Disahkan hilang penglihatan (buta) oleh Pakar Mata, Klinik Mata Hospital Umum Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Mac, 1973
Memasuki dan menjalani latihan pemulihan di Pusat Latihan Gurney Bagi Orang-orang Buta, Persatuan Bagi Orang-orang Buta Malaysia, Jalan Marsh, Brickfields, Kuala Lumpur. Mengambil latihan mengenal, menulis dan membaca brel sebagai persediaan untuk menjawat jawatan Jurutrengkas (Stenographer). Di dalam usaha memahirkan diri dengan mesintaip, mula menghasilkan karya berupa rencana, kemudian dihantar dan diterbitkan oleh Suratkhabar Utusan Malaysia, Utusan Melayu, Berita Harian dan Majalah tempatan.

23 Mac 1976
Berkhidmat sebagai Jurutrengkas di Bahagian Belanjawan, Perbendaharaan Malaysia, Kementerian kewangan Malaysia, Kuala Lumpur.

7 Jun 2002
Bersara pilihan daripada Perkhidmatan Awam Kerajaan Malaysia.

Di sepanjang perkhidmatan di Bahagian Belanjawan, Perbendaharaan Malaysia, dua kali dianugerahkan Pingat Khidmat Cemerlang iaitu pada tahun 1990 dan tahun 2000 oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

0 comments:

Tentang Kami

Blog ini aku bangunkan sebagai kenangan dari abah tersayang yang telah tiada lagi di dunia ini. Sesungguhnya, abah insan yang banyak memberi sinar dalam kehidupanku. Abah adalah insan yang menjadikan aku berjaya hingga ke tahap ini. Aku bangga dan kagum mempunyai abah, Mohd Ghazali Tocheh.

Al Fatihah buat abah..

Angah Ira & Keluarga