|| Kejayaan di Bidang Penulisan Kreatif ||

Tahun 1991
Menggondol salah satu Hadiah Penghargaan di dalam Sayembara Menulis Skrip Drama anjuran Yayasan Seni Berdaftar & Berita Harian berjudul Kalibul Alam Putera yang diterima di Universiti Malaya dan disampaikan oleh Y.B. Dato' Sabaruddin Chik, Menteri Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan.

Tahun 1992
Menggondol salah satu hadiah di dalam Sayembara Menulis Skrip Drama anjuran Teater Malaysia (TEMA), Berita Harian & Kementerian Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan berjudul Utusan Malam yang disampaikan oleh Y.B. Dato' Seri Anuar Ibrahim, Menteri Pendidikan Malaysia di Berita Harian/New Straits Times, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.

Tahun 1994
Mendapat tempat ketiga di Dalam Pertandingan Pidato Kenegaraan anjuran Jabatan Perkhidmatan Penerangan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tahun 1998
Menerima Anugerah Hadiah Sastera tempat Ketiga menerusi pencalonan Novel Ekspedisi di dalam Sayembara menulis novel remaja anjuran Utusan ‑ Public Bank yang diterima daripada Y.A.B Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Shangri‑Laa Hotel, Kuala Lumpur.

Tahun 1999
Memenangi Hadiah Sagu Hati di dalam Pertandingan Karya Seni Kreatif Puisi Kebangsaan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang disampaikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Ahmad Sarji Abd. Hamid, Pengerusi PNB di Bangunan PNB, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Tahun 2000
Menjuarai Pertandingan Pidato Peringkat Kuala Lumpur/Selangor dan meraih tempat pertama Pertandingan Pidato Peringkat Nasional anjuran Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia yang diadakan di Terengganu Darul Iman.

0 comments:

Tentang Kami

Blog ini aku bangunkan sebagai kenangan dari abah tersayang yang telah tiada lagi di dunia ini. Sesungguhnya, abah insan yang banyak memberi sinar dalam kehidupanku. Abah adalah insan yang menjadikan aku berjaya hingga ke tahap ini. Aku bangga dan kagum mempunyai abah, Mohd Ghazali Tocheh.

Al Fatihah buat abah..

Angah Ira & Keluarga