|| Kegiatan Luar ||

Pada tahun 1984 mula melibatkan diri dengan persatuan penulisan dan lain-lain badan sukarela bukan kerajaan sehinggalah sekarang. Persatuan dan badan sukarela bukan kerajaan yang dianggotai adalah seperti berikut:-

1. KELAB SASTERA, Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP).
# Ahli biasa.

- Mengikuti kursus penulisan dan menghasilkan Karya seperti cerpen, novel dan puisi sama ada secara individu atau berkumpulan yang diterbitkan oleh DBP.

- Mengikuti Kursus/Seminar/Pertemuan Sastera dan Penulisan Kreatif anjuran Kelab Sastera DBP sama ada dilangsungkan di DBP sendiri atau di luar DBP.

- Mempengerusikan Ceramah‑ceramah Intelek di Sudut Penulis, DBP atas jemputan DBP dan lain‑lain Badan Sastera.

2. PERSATUAN PENULIS NEGERI SEMBILAN (PEN)
# Ahli biasa di dalam PEN.

- Menyertai dan menghasilkan karya dengan Penerbit‑penerbit Buku Terkemuka tanah air seperti DBP, Utusan Publications & Distributors Snd. Bhd, Fajar Bakti Sdn. Bhd dan Edusystem Sdn. Bhd.

- Memberi ceramah di bengkel‑bengkel penulisan ke arah menghasilkan manuskrip cereka untuk diterbitkan.

- Menyertai Penerbitan Novel Remaja yang ditulis/dihasilkan oleh Ahli‑ahli PEN dan diterbitkan oleh DBP serta dilancarkan pada tahun 1992 oleh Y.A.B Dato'
Seri Utama Tan Sri Haji Mohd. Isa Dato' Haji Abd. Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, Seremban.

- Menyertai penerbitan Novel Berlatar Sejarah Negeri Sembilan yang dihasilkan oleh ahli‑ahli PEN dan diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, kemudiannya dilancarkan pada tahun 1999 oleh Y.Bhg. Tan Sri Ismail Hussien, Ketua I GAPENA di Rumah GAPENA, Kuala Lumpur.

3. PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA

- Pernah menganggotai Jawatankuasa di dalam Jawatankuasa Pendidikan Dan Latihan Kepimpinan di Peringkat SBM Ibu Pejabat (tahun 1998 - 2000), Mengetuai Biro Kebajikan, Pendidikan & Hal Ehwal Wanita di SBM Cawangan Kuala Lumpur/Selangor (tahun 1999 - 2001) dan menjadi Pengerusi SBM Cawangan Kuala Lumpur/Selangor (tahun 2001 - 2003 dan 2005 - 2007).

- Pernah menyelaraskan program pementasan teater yang melibatkan pelakon‑pelakon cacat penglihatan/ahli SBM dan pelakon‑pelakon yang normal penglihatan dan telah berjaya dipentaskan di MATIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur selama 12 hari pada bulan Jun 1998 dan pementasan ini telah dinaungi oleh isteri Timbalan Perdana Menteri pada tahun itu. Pementasan ini turut mendapat perhatian dan ditontoni oleh puteri‑puteri DYMM SPB Yang DiPertuan Agong pada masa itu. Pementasan ini juga telah dicatatkan dalam Malaysia Book Of Record pada tahun berkenaan.

- Menyertai dan menyelenggarakan Program Penerbitan Novel Tamu Istimewa yang ditulis oleh penulis-penulis cacat penglihatan/ahli‑ahli SBM dan diterbitkan pada 1996 oleh Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

- Menyertai dan menyelenggara Program Penulisan Novel Koleksi Lambaian Hijrah mengandungi 6 judul novel yang ditulis oleh ahli‑ahli SBM, diterbitkan oleh Penerbit EDUsystem Sdn. Bhd. dan dilancarkan oleh Y.B Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abd. Razak, Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu di Perpustakaan Awam Negara, Jalan Tun Razak, Kuala LUmpur pada Mei 1998.

- Pernah menyertai rombongan anjuran GABUNGAN PERSATUAN‑PERSATUAN PENULIS NASIONAL (GAPENA) ke Pertemuan Sasterawan Nusantara di Sarawak dan juga di luar negara seperti di Padang, Sumatera Barat. Pernah mengikuti Dialog Utara yang dilangsungkan di Acheh, Sumatera Utara, Indonesia.

- Pernah membuat persembahan seperti mendeklamasikan puisi di Pertemuan Sasterawan Muda yang diadakan di Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman anjuran GAPENA & DBP dan di Pertemuan Sasterawan Nusantara di Sumatera Barat dan Dialog Utara, Acheh, Sumatera Utara.

- Pernah diundang untuk menyampaikan ceramah‑ceramah berkaitan penulisan sastera di Universiti-universiti tempatan, Maktab‑maktab Perguruan, Sekolah‑sekolah Menengah Tinggi & Rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Selangor Darul Ehsan dan Negeri Sembilan Darul Khusus.

- Pernah diundang menyampaikan ceramah penulisan di pertemuan/kursus/seminar anjuran Persatuan‑persatuan Penulis setempat.

- Pernah diundang untuk menjayakan siri temu‑ramah berkaitan dunia sastera dan penulisan kreatif bersama wartawan‑wartawan untuk dimuatkan di ruang‑ruang khusus di mediamassa seperti suratkhabar dan majalah‑majalah tempatan.

- Turut menjayakan sesi temu‑ramah berkaitan sastera dan penulisan kreatif secara langsung di corong radio dan di kaca TV RTM dan TV3.



0 comments:

Tentang Kami

Blog ini aku bangunkan sebagai kenangan dari abah tersayang yang telah tiada lagi di dunia ini. Sesungguhnya, abah insan yang banyak memberi sinar dalam kehidupanku. Abah adalah insan yang menjadikan aku berjaya hingga ke tahap ini. Aku bangga dan kagum mempunyai abah, Mohd Ghazali Tocheh.

Al Fatihah buat abah..

Angah Ira & Keluarga